sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan bakal menanyangkan Pencuri Hati – siri sooka Originals pertama berformat Program Realiti Selebriti Bachelor bermula 9 Disember ini. Pelakon dan selebriti tersohor, Zul Ariffin bakal menjadi tumpuan di dalam program realiti tersebut, ditemani oleh 13 peserta wanita bertuah yang telah terpilih melalui proses pencarian pada bulan Ogos lalu.
Sentiasa
cakna dengan arus trend generasi milenial terkini, sooka telah bekerjasama
dengan Astro Productions untuk menghasilkan Pencuri Hati, Program Realiti
Selebriti Bachelor yang mengetengahkan keserasian personaliti para peserta
program bersama selebriti terpilih, berlandaskan konteks yang bersesuaian
dengan sensitiviti budaya tempatan. Sebanyak 10 episod mingguan bakal menemui
peminat di aplikasi sooka, mengetengahkan 13 peserta wanita yang bersaing untuk
menjadi pemenang utama yang bakal diberikan peluang untuk mengenali Zul Ariffin
secara lebih mendalam.
Pencuri
Hati juga akan memperkenalkan 2 Resident Advisor, pengacara dan pelakon
terkenal, Sherry Alhadad; dan doktor dan influencer terkenal di media sosial,
Shazril Shaharuddin, atau Dr. Say – yang memainkan peranan sebagai pengantara
di antara para peserta dan Zul Ariffin.
‘’Semenjak
dilancarkan pada 2021, sooka telah memperoleh 2.4 juta muat turun aplikasi, dan
kami telah melancarkan beberapa siri sooka Originals, antaranya drama Kau vs
Aku yang berjaya meraih lebih 200 juta tontontan di laman media sosial Tik Tok.
Kali ini, kami amat gembira untuk menjadi aplikasi hiburan tempatan yang
pertama dalam memperkenalkan sebuah Program Realiti Selebriti Bachelor di
Malaysia. Pengenalan Pencuri Hati juga adalah atas maklum balas positif
daripada siri Originals kami yang lain lantas mendorong kami untuk lebih berani
mencuba pelbagai format baru. Ini juga berdasarkan fenomena rancangan realiti
mencari cinta yang merupakan satu trend yang diminati oleh generasi milenial
pada masa kini,’’ kata Emarina Mohd Kamal, Ketua Rancangan di sooka.
Nama
yang tidak asing lagi dalam industri perfileman negara, Zul Ariffin merupakan
antara pelakon lelaki yang paling diminati di Malaysia. Beliau baru-baru ini
membintangi filem Juang yang menceritakan kisah-kisah barisan hadapan negara
dalam menghadapi cabaran COVID-19; dan juga filem Talbis Iblis yang telah
berjaya mengutip RM1juta dalam tempoh empat hari sahaja. Personaliti Zul yang
menarik dan santai serta sangat perahsia merupakan antara faktor utama
pemilihan pelakon tersebut untuk diketengahkan sebagai selebriti tumpuan di dalam
Pencuri Hati.
‘’Pemilihan
Zul Ariffin merupakan keputusan yang mengambil kira merit dan kelayakan beliau
sebagai pelakon profesional. Walaupun kehidupan beliau tidak pernah lari
daripada kontroversi, kami mengiktiraf akauntabiliti dan kematangan Zul dalam
menangani isu di mana dia menunjukkan ciri-ciri profesional sebenar. Oleh itu
kami percaya keputusan untuk memilih Zul sebagai selebriti pertama Program
Realiti Selebriti Bachelor Pencuri Hati adalah tepat, ” tambah Emarina.
“Saya
amat tertarik untuk menyertai program Pencuri Hati ini kerana saya melihatnya
sebagai cabaran dan pengalaman baharu dalam karier saya. Konsep program Pencuri
Hati ini juga sangat menarik kerana ia memberi ruang untuk para peserta juga
dapat lebih mengenali diri saya dengan lebih mendalam, sebagai diri saya
sendiri dan bukan sebagai seorang pelakon. Selain itu, terdapat pelbagai segmen
dalam program ini seperti kecergasan, memasak, gaya dan hobi, dan ianya
merupakan faktor-faktor yang boleh membantu untuk mengenali personaliti dan
intelektual seseorang dengan lebih mendalam,” kata Zul.
Pencuri
Hati menonjolkan 13 wanita berpesonaliti menarik yang bakal mempertaruhkan hati
untuk memenangi peluang mengenali selebriti tampan Zul Ariffin selama 24 jam
(during daylight). Setiap episod bakal menguji peserta secara individu dan
berkumpulan dalam pelbagai cabaran seperti masakan, fotografi dan sukan lasak.
Peserta yang memenangi cabaran mingguan mungkin berpeluang menerima ‘Purple
Note’ atau nota istimewa serta menikmati peluang meluangkan masa bersama Zul
Ariffin, tetapi peserta dengan markah terendah bakal menghadapi penyingkiran.
Pemilihan dilakukan oleh Zul Ariffin sendiri, beserta bantuan daripada Sherry
Alhadad dan Dr Say Shazril selaku penasihat atau Resident Advisors dan pembimbing
peserta.
Kesemua
sepuluh episod program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka bermula
9 Disember 2022 sehingga 10 Februari 2023. Penonton boleh menonton dengan
melanggan pelan sooka VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan
sooka VIP TV pada harga RM62.90 sebulan* untuk pengalaman menonton di skrin TV.
Untuk
maklumat lebih lanjut tentang Rancangan Realiti Selebriti Bachelor ini, anda
boleh kunjungi laman sosial sooka, sooka Malaysia (Facebook), @sookamalaysia(Instagram), atau kunjungi laman web sooka di https://sooka.my/en/.
For more about Mouse Mommy Treats,
do follow us*