Showing posts with label haritanpakenderaan. Show all posts
Showing posts with label haritanpakenderaan. Show all posts

Wednesday, April 29, 2026

MBSJ | Jom Hidup Lestari! Sertai Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya 2026


Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terus komited dalam memperkukuh agenda pembangunan bandar mampan melalui pelaksanaan Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2026 yang telah diadakan di AEON Mall Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.



Program ini menjadi platform penting dalam menggalakkan mobiliti rendah karbon di samping membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat bandar. HTKSJ turut mencerminkan komitmen berterusan MBSJ dalam mewujudkan persekitaran bandar raya yang lebih hijau, aktif dan sejahtera.



Edisi pelaksanaan kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran melebihi 3,000 orang pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai pelbagai aktiviti berkonsepkan kesihatan, rekreasi dan kekeluargaan.




Pelaksanaan program serta pecahan aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:



Sebagai usaha menyemarakkan amalan hijau, MBSJ turut mengedarkan sebanyak 600 polibeg pokok hiasan dan herba secara percuma kepada pengunjung, sekali gus menggalakkan budaya penghijauan di peringkat komuniti. 



Penganjuran HTKSJ 2026 ini selari dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3: Good Health and Well-Being serta SDG 11: Sustainable Cities and Communities, yang menekankan kesejahteraan hidup dan pembangunan bandar mampan.



MBSJ akan terus komited dalam memperluas pelaksanaan program berimpak tinggi seperti ini bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan bandar dan kelestarian alam sekitar dapat dicapai secara berterusan.


For more about Mouse Mommy Treats, 

do follow us*

Website  | Facebook | 

Featured Post

MBSJ | Jom Hidup Lestari! Sertai Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya 2026

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terus komited dalam memperkukuh agenda pembangunan bandar mampan melalui pelaksanaan Hari Tanpa Kenderaa...