Showing posts with label wedding. Show all posts

Rinching Terrace Wedding & Events | Glass House | Khemah Agam | Taman Terbuka



Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) merupakan lokasi terbaru yang terletak di lokasi paling strategik antara Bangi dan Kajang, Kawasan yang mempesonakan sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan eksklusif atau sebarang acara sosial dan korporat. Rinching Terrace dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort.


Sejak tahun 2018, Rinching Terrace telah mengalami transformasi daripada hanya sebuah kawasan hutan terbiar, kepada sebuah taman subur menghijau yang eksklusif, selesa dan tersendiri – Lokasi Sempurna Untuk Sebuah Majlis Perkahwinan Impian!


Kawasan yang dibangunkan ini sudah dipenuhi dengan landskap rumput asli nan menghijau dan pohon-pohon renik serta dihiasi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning (orange jessamine) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok ‘tree man’. Di samping itu terdapat juga pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi.


Bukan itu sahaja, terdapat koleksi akar unik yang ditemui di merata tempat dan dibawa ke sini untuk diabadikan sebagai sebuah galeri hidup yang menakjubkan.


Landskap yang memukau ini mampu memberikan anda ketenangan fikiran setelah saban hari berhadapan dengan kesibukan kota dan pencemaran udara. Berada di sini akan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup anda.

Pastinya landskap tanah bertingkat dan bercerun yang ditawarkan ini tidak terdapat di mana- mana lokasi perkahwinan di Malaysia. Kesemua landskap ini dijangka siap sepenuhnya hujung Disember ini dan sudah bersedia untuk menerima tetamu mulai awal bulan Januari 2020.


Lebih dua daripada tujuh ekar kawasan persendirian ini telah dibangunkan menjadi sebuah lokasi majlis perkahwinan mewah yang berlatar belakangkan alam semulajadi dengan landskap taman nan indah dan unik.

Diinspirasikan daripada rekaan taman hidup dan landskap alam semujadi, Rinching Terrace merupakan sebuah lokasi persendirian eksklusif yang mampu memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam satu majlis. Ia dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan persekitaran yang selesa bersama pemandangan yang menakjubkan untuk para pengunjung.


Setiap bakal pengantin pasti mahukan ruang yang tiada batasan dan kekangan dari segi pengurusan serta masa bagi membolehkan sebuah perkahwinan impian dirancang dan direalisasikan mengikut kehendak dan cita rasa mereka. Semua keperluan ini hanya ada di Rinching Terrace - Di sinilah bermulanya perkahwinan impian anda!


Rinching Terrace menyediakan 3 lokasi utama untuk anda pilih salah satu atau ketiga-tiganya sekali, iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden).


Rinching Terrace Glass House
Dari segi konsep interior, Glass House menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya.

Berada di dalam Glass House ini pasti membuatkan anda teruja kerana anda dapat menikmati limpahan cahaya semulajadi di luar dengan pemandangan indah di sekeliling tanpa anda perlu risau tentang panas dan hujan kerana semua dindingnya kaca. Bagi menambah lagi kesan natural, lantai Glass House dipasang dengan kemasan kayu berlaminate.


Bertentangan dengan pintu masuk, sebuah pelamin sudah tersergam indah untuk meraikan kehadiran para tetamu. Istimewanya pelamin ini, latar belakang dinding kaca tidak ditutup. Ertinya pengantin bersanding di pelamin dengan berlatar belakangkan alam semulajadi. Menarik bukan?

Pelamin tersedia mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum, pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri.


Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.

Terlindung di bahagian bawah banglo ini ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air bina dalam.


Manakala bilik rehat yang selesa disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk para tetamu di bahagian ini.



Sebaik anda melangkah masuk dari pintu gerbang Rinching Terrace, anda akan disambut oleh barisan pohon ‘Orange Jessamine’ gergasi dan ‘Tree Man’ yang ditanam menganjur ke lobi Glass House.


Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika anda pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman.


Khemah Agam (Marquee Tent)
Khemah agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.


Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Tetamu yang selesai menikmati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House.


Bagaimanapun, tidak menjadi halangan jika anda juga ingin memasang pelamin dan bersanding di sini. Sebarang pengubahsuaian pakej bolehlah dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace.


Dari khemah, anda boleh menyusuri trek sebelum menuruni tangga untuk ke taman terbuka berhampiran.


Taman Terbuka (Garden)
Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian.


Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Anda boleh mengadakan majlis anda tanpa mengira waktu – siang atau malam. Lebih indah bila dipasang ‘fairylights’ dan kanopi lut sinar. 
Turut disediakan ialah sebuah binaan pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial.


Majlis anda pasti lebih bermakna jika diadakan di sini kerana taman ini dihiasi dengan pelbagai pohon hiasan menarik yang antaranya merupakan kegemaran peribadi pemilik lokasi ini.

Bukan itu sahaja, anda juga akan dihiburkan dengan kicauan unggas, desiran pancuran air nan lunak, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia. Pastinya akan membangkitkan hormon oksitosin (hormon cinta) anda.

Ruang parkir juga sangat luas dan bertar. Pelanggan tidak perlu risau sama ada jalan lecak atau kasut kotor jika hujan. Situasi penyelamat bagi tetamu wanita yang memakai kasut bertumit tinggi dan ibu bapa yang membawa stroller anak serta warga emas atau orang kurang upaya yang berkerusi roda.


Seluruh kawasan ini adalah eksklusif kepunyaan anda pada hari berkenaan dan anda tidak perlu berkongsi dengan tetamu lain kerana hanya ada satu majlis saja pada satu masa! Anda tidak perlu risau tentang keselesaan atau keselamatan anda kerana yang hadir hanya keluarga, saudara mara dan tetamu anda sahaja!


Kemudahan di kawasan sekitar juga tidak kurang hebat. Anda boleh menikmati pelbagai makanan enak di bandar Bangi. Terdapat banyak hotel butik yang jaraknya hanya sekitar 5 minit memandu dari Rinching Terrace.

Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia untuk anda.


Rinching Terrace telah menyediakan tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu::
a. Pakej Silver – Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu.
b. Pakej Gold – Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu.
c. Pakej Platinum - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000
tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.

Sempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace telah menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 jika anda membuat tempahan pada pada hari ini. Bermula hari ini juga, Rinching Terrace telah bersedia untuk menerima tempahan mulai Januari 2020 dan seterusnya.

Para pelanggan turut berpeluang untuk bertemu dengan rakan kerjasama strategik Rinching Terrace yang terdiri daripada katerer, food & beverages, penata rias pelamin, pereka busana, juru mekap dan fotografi & videografi. Anda boleh membuat perbincangan terus atau menjadikannya rujukan untuk majlis anda nanti.



Pada hari pembukaan ini, Rinching Terrace telah mengadakan sebuah prebiu eksklusif kepada rakan media & blogger, pelanggan korporat, rakan kongsi strategik dan orang ramai. Rakan media dan blogger diberikan penerangan terperinci berkenaan konsep dan kemudahan yang disediakan di Rinching Terrace sebelum mereka dibawa melawat ke sekitar dewan dan taman.


Untuk makluman, Rinching Terrace hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis anda terjamin, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official).

Mereka ini telah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dengan reputasi servis mereka yang terbaik dan telah berpengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP. Jadi, jangan bimbang, hari istimewa anda akan diuruskan oleh mereka yang professional sahaja.


Sambil tetamu menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar taman, mereka turut bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri pameran koleksi persalinan pengantin oleh rakan butik pengantin rasmi, SASES. Sambil duduk santai, tetamu dihidang dengan juadah pengantin yang menyelerakan oleh rakan katerer rasmi, Afkar. Manakala momen-momen penting dan indah sempena majlis pra pelancaran ini telah dirakam oleh rakan fotografi rasmi, Miezipro.


Majlis Pra Pelancaran dan Hari Terbuka Rinching Terrace Wedding & Events ini jelas dapat memberikan satu pengalaman penuh bermakna dan informasi berguna kepada tetamu mengenai servis yang ditawarkan oleh Riching Terrace.


Berminat untuk mengetahui maklumat lanjut yang berkaitan dengan Rinching Terrace,
Alamat : Riching Terrace, Riching Hilir, 43500 Kajang, Selangor
Tel: +6019 390 8527 ( Puan Mira )
Waze: Rinching Terrace Wedding & Events

#rinchingterrace #rtwedding #rtglasshouse #rtgardenwedding


For more about Mouse Mommy Treats, do follow us*


Christmas Gift Ideas | Teddy Bear Collection by Love & Co. For Loved One!



Christmas coming soon! If you are looking for the perfect gift to express your love to that special someone, nothing says it better than the new Teddy Bear Collection by Love & Co.

A brand synonymous with love and romance, Love & Co. presents an exquisite collection inspired by the classic teddy bear, a timeless symbol of unconditional love, warm cuddles and companionship that spans all ages.


The history of the teddy bear began in 1902 when U.S. President Theodore “Teddy” Roosevelt participated in a bear hunting trip in Mississippi where he ended up saving a bear. The well-known incident inspired toymakers to create a stuffed bear which was nicknamed Teddy’s Bear and later shortened to Teddy Bear.

For over a century, teddy bears have been cherished and loved by everyone, and are amongst the most popular gifts to signify love and companionship.

Made with love for love, each piece of Love & Co.’s Teddy Bear jewellery is endearing with its own charm and is a tender reminder of your promise to be her beloved companion. Carefully crafted from 18k rose gold and precious stones, the collection features a series of creations – Heartfelt Confession, Love Lock, Cuddle Me, You Make Me Smile, and My Companion – each designed to capture her heart even more.

Every piece of Teddy Bear jewellery will be accompanied with an adorable teddy jewellery case, completing the gift of love.

Love & Co. complete range of jewellery for special occasion gifts, engagement rings and wedding bands. Lovely gift for your loved one!

Interested to know more about Love & Co.,
Instagram https://www.instagram.com/loveandcoofficial/


For more about Mouse Mommy Treats, do follow us*