Sejak tahun 2018, Rinching Terrace telah mengalami transformasi daripada hanya sebuah kawasan hutan terbiar, kepada sebuah taman subur menghijau yang eksklusif, selesa dan tersendiri – Lokasi Sempurna Untuk Sebuah Majlis Perkahwinan Impian!
Landskap yang memukau ini mampu memberikan anda ketenangan fikiran setelah saban hari berhadapan dengan kesibukan kota dan pencemaran udara. Berada di sini akan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup anda.
Pastinya landskap tanah bertingkat dan
bercerun yang ditawarkan ini tidak terdapat di mana- mana lokasi perkahwinan di
Malaysia. Kesemua landskap ini dijangka siap sepenuhnya hujung Disember ini dan
sudah bersedia untuk menerima tetamu mulai awal bulan Januari 2020.
Lebih dua daripada tujuh ekar kawasan persendirian ini telah dibangunkan menjadi sebuah lokasi majlis perkahwinan mewah yang berlatar belakangkan alam semulajadi dengan landskap taman nan indah dan unik.
Diinspirasikan daripada rekaan taman
hidup dan landskap alam semujadi, Rinching Terrace merupakan sebuah
lokasi persendirian eksklusif yang mampu memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam
satu majlis. Ia dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan persekitaran
yang selesa bersama pemandangan yang menakjubkan untuk para pengunjung.
Setiap bakal pengantin pasti mahukan ruang yang tiada batasan dan kekangan dari segi pengurusan serta masa bagi membolehkan sebuah perkahwinan impian dirancang dan direalisasikan mengikut kehendak dan cita rasa mereka. Semua keperluan ini hanya ada di Rinching Terrace - Di sinilah bermulanya perkahwinan impian anda!
Rinching Terrace menyediakan 3 lokasi utama untuk anda pilih salah satu atau ketiga-tiganya sekali, iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden).
Dari segi konsep interior, Glass House
menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di
ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan
lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya.
Berada di dalam Glass House ini pasti
membuatkan anda teruja kerana anda dapat menikmati limpahan cahaya semulajadi
di luar dengan pemandangan indah di sekeliling tanpa anda perlu risau tentang
panas dan hujan kerana semua dindingnya kaca. Bagi menambah lagi kesan natural,
lantai Glass House dipasang dengan kemasan kayu berlaminate.
Pelamin tersedia mengikut pakej yang
ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum,
pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri.
Terlindung di bahagian bawah banglo ini
ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin
yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil,
penghawa dingin dan bilik air bina dalam.
Manakala bilik rehat yang selesa
disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang
bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan
penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk
para tetamu di bahagian ini.
Sebaik anda melangkah masuk dari pintu
gerbang Rinching Terrace, anda akan disambut oleh barisan pohon
‘Orange Jessamine’ gergasi dan ‘Tree Man’ yang ditanam menganjur ke lobi Glass
House.
Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika anda pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman.
Khemah agam terletak di sebelah kiri
Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk
para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan
mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.
Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Tetamu yang selesai menikmati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House.
Dari khemah, anda boleh menyusuri trek
sebelum menuruni tangga untuk ke taman terbuka berhampiran.
Terletak di bahagian belakang khemah dan
Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan
damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara
keraian.
Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Anda boleh mengadakan majlis anda tanpa mengira waktu – siang atau malam. Lebih indah bila dipasang ‘fairylights’ dan kanopi lut sinar.
Turut disediakan ialah sebuah binaan
pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial.
Majlis anda pasti lebih bermakna jika diadakan di sini kerana taman ini dihiasi dengan pelbagai pohon hiasan menarik yang antaranya merupakan kegemaran peribadi pemilik lokasi ini.
Bukan itu sahaja, anda juga akan
dihiburkan dengan kicauan unggas, desiran pancuran air nan lunak, dan angin
sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan
bahagia. Pastinya akan membangkitkan hormon oksitosin (hormon cinta) anda.
Ruang parkir juga sangat luas dan bertar.
Pelanggan tidak perlu risau sama ada jalan lecak atau kasut kotor jika hujan.
Situasi penyelamat bagi tetamu wanita yang memakai kasut bertumit tinggi dan
ibu bapa yang membawa stroller anak serta warga emas atau orang kurang upaya
yang berkerusi roda.
Kemudahan di kawasan sekitar juga tidak kurang hebat. Anda boleh menikmati pelbagai makanan enak di bandar Bangi. Terdapat banyak hotel butik yang jaraknya hanya sekitar 5 minit memandu dari Rinching Terrace.
Rinching Terrace merupakan pusat
sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi,
katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, anda tidak
perlu bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah
tersedia untuk anda.
a. Pakej Silver – Marquee Tent Only
RM38,800 untuk 1000 tetamu.
b. Pakej Gold – Glass House & Marquee
Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu.
c. Pakej Platinum - Glass House &
Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000
tetamu dengan lebihan menu dan pelamin
serta busana eksklusif dan terbaru.
Sempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace
telah menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 jika anda
membuat tempahan pada pada hari ini. Bermula hari ini juga, Rinching Terrace
telah bersedia untuk menerima tempahan mulai Januari 2020 dan seterusnya.
Para pelanggan turut berpeluang untuk
bertemu dengan rakan kerjasama strategik Rinching Terrace yang
terdiri daripada katerer, food & beverages, penata rias pelamin, pereka
busana, juru mekap dan fotografi & videografi. Anda boleh membuat
perbincangan terus atau menjadikannya rujukan untuk majlis anda nanti.
Pada hari pembukaan ini, Rinching Terrace
telah mengadakan sebuah prebiu eksklusif kepada rakan media & blogger,
pelanggan korporat, rakan kongsi strategik dan orang ramai. Rakan media dan
blogger diberikan penerangan terperinci berkenaan konsep dan kemudahan yang
disediakan di Rinching Terrace sebelum mereka dibawa melawat ke
sekitar dewan dan taman.
Untuk makluman, Rinching Terrace
hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri
perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis anda
terjamin, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif
iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official).
Mereka ini telah lama berkecimpung dalam
industri perkahwinan dan begitu terkenal dengan reputasi servis mereka yang
terbaik dan telah berpengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP.
Jadi, jangan bimbang, hari istimewa anda akan diuruskan oleh mereka yang
professional sahaja.
Sambil tetamu menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar taman, mereka turut bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri pameran koleksi persalinan pengantin oleh rakan butik pengantin rasmi, SASES. Sambil duduk santai, tetamu dihidang dengan juadah pengantin yang menyelerakan oleh rakan katerer rasmi, Afkar. Manakala momen-momen penting dan indah sempena majlis pra pelancaran ini telah dirakam oleh rakan fotografi rasmi, Miezipro.
Majlis Pra Pelancaran dan Hari Terbuka Rinching Terrace Wedding & Events ini jelas dapat memberikan satu pengalaman penuh bermakna dan informasi berguna kepada tetamu mengenai servis yang ditawarkan oleh Riching Terrace.
Alamat : Riching Terrace, Riching Hilir, 43500
Kajang, Selangor
Tel: +6019 390 8527 ( Puan Mira )
Email: rinchingterrace@gmail.com
Waze: Rinching Terrace Wedding
& Events
#rinchingterrace #rtwedding #rtglasshouse
#rtgardenwedding
For more about Mouse Mommy Treats, do follow us*