Majlis Kahwin ko memang RARE!!! Sadis habis!! sampai jiran sebelah pon menangis...



Perkahwinan itu merupakan perkara yang penting dan perjanjian antara pasangan buat seumur hidup. Apabila banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum menjelang majlis keraian, pastinya ada saja kesilapan. Hinggakan kesilapan yang biasa-biasa juga ada kalanya menimbulkan rasa tidak puas hati kerana majlis tidak berlangsung seperti diinginkan.


Nak sedapkan hati semua orang terutamanya ibubapa sendiri dan juga mertua sekali bukan perkara mudah. Kena jaga adat, pelamin yang cantik, solekan yang lawa, jurugambar yang berkualiti, makanan yang sedap dan sebagainya. Nampak remeh, tetapi semua ni penting dalam menjayakan satu majlis perkahwinan.

Zaman moden sekarang ini, banyak sangat informasi yang boleh dapat melalui internet. Tetapi, kadang-kadang was-was jugak atas maklumat yang diterima. Biasanya, saya suka terus pergi ke kedai ataupun pameran besar-besaran untuk mengenali lebih mendalam. Boleh terus tanya pasal sebarang kemusykilan dan jugak boleh banding-membanding promosi yang sedia ada. Confirm banyak pilihan.


Bermula daripada rekaan persalinan, tema dan warna majlis hinggalah dekorasi pelamin, semuanya memainkan peranan penting untuk memastikan majlis berlangsung penuh meriah.

Bagi bakal-bakal pengantin, kat pameran perkahwinan kita dapat pilih syarikat-syarikat yang berkualiti, diyakini dan dipercayai. Tengok kesungguhan mereka menghiasi booth2 tu pon dah tahu mereka adalah bisnes yg professional.


Kesian betul, hari itu perkahwinan kawan saya dapat catering yang hantar makanan lewat. Dah la lewat, tak sedap pulak tu. Lagi menghampakan ialah makanan yang dihidangkan pulak tidak mencukupi. Memang pengantin marah dan tidak puas hati pada masa itu. Nampak kerisauan mimik muka kawan saya tu. Katanya dia random je pilih syarikat catering tu. Harganya murah berbanding catering lain. Kawan saya memang menyesal. Disebabkan nak murah sangat, MALU menimpa diri.

Lebih menyedihkan apabila tetamu yang hadir memberi komen menyakitkan hati apabila berasakan penampilan pengantin di atas pelamin tampak kurang menarik sekali gus turut mempengaruhi rakaman gambar perkahwinan. Majlis hancur dan menghampakan. SEDIH!


Nasihat buat bakal-bakal pengantin ni, jangan lupa buat SURVEY dan buat perbandingan dulu. Kalau boleh, pergilah ke PAMERAN PENGANTIN. Sebab kat sana memang banyak syarikat yang berpengalaman berbelas tahun lamanya dengan rekod yang cantik. Korang boleh la bawa mak ayah sekali untuk memilih persediaan dan pakej perkahwinan yang memuaskan hati semua supaya tidak menimbulkan konflik yang menyakitkan hati. Boleh pilih mana-mana syarikat yang korang suka.


Saya ada satu info menarik. Ada Pameran Perkahwinan yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Mac 2019 ni tau. The Wedd Fest by AP Event akan berlangsung selama 3 hari di PWTC dari 10 pagi hingga 10 malam. 



Terdapat banyak syarikat perkahwinan yang boleh dipercayai dan diyakini seperti ZENI Gold & Jewellers, ROSE Katering, Istana Puteh by Gee Cantik, Kay Gifts Kuala Lumpur, D Rose Manis, Dewan Perkahwinan Rumah Tamu Datin Halijah, EEEBridal, fD’Saji, TM Convention Centre, Romantic Event Deco Red by Ruby, Nasi Mandy Asli Yaman Wadi Daw’an, RC Rampai Caterer, Glow & Glamour, AJ Bling Star, D’Liza Caterer, Wedding Planner and Catering Jue Eden, de’Laman, SH Cahaya, MNZ Creative, Aminol Shima, De’Gemilang Catering and Bridal, D’Tunjong Banquet Hall, Ava+ Skin Laser, Ani Catering & Wedding Planner, D’Intan Wedding Planner, Eddie Photovideo dan banyak lagi. Majalah rasmi Ratu Sehari pun ada juga!


Mesti meriah kat pameran perkahwinan ni dengan macam-macam promosi yang menarik dan juga lucky draw yang Best! Semoga bakal-bakal pengantin dapat menjadi Raja Sehari dengan gembira dan berbahagia bersama keluarga tersayang!

Tarikh : 1 – 3 Mac 2019 (Jumaat - Ahad)
Masa : 10 pagi – 10 malam
Tempat : Putra World Trade Centre, PWTC


Maklumat lanjut yang berkaitan dengan The Wedd Fest by AP Event di PWTC,

*For more about Mouse Mommy Treats, do follow us*
Website  |  Facebook  |  Instagram | Google+ | YouTube

38 comments

  1. haa, untuk bakal pengantin. majlis nak simple-simple pun still juga kena pastikan yang bridal korang pilih itu berpegang pada janji. hehehe. jom la festive ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. Yg terbaik boleh pilih dan banding semasa kat pameran perkahwinan. Tak payah pening kepala.

      Delete
  2. Dah kawin tp nak cuci mata tengok2 barang kawin bole kan? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... mestilah boleh. Ada catering dan jugak syarikat photography tu, nak dapat maklumat utk buat kenduri ataupun majlis pun senang.

      Delete
  3. Bakal-bakal pengantin kena take noted ni ye.. Jangan nak terlalu jimat, pakej yang dipilih tak berbaloi. Pergu usha dulu di karnival perkahwinan. Di sana pun boleh dapat murah-murah dan diyakini. InsyaAllah, semuanya yang join karnival tu rekod suci murni..hehe..

    ReplyDelete
  4. my friends too hunting for pakej good to tell them of this. Now they are having holidays wait them back can let them to know too. Best they can now plan it early, maybe they wanna get married next year. Well need to check with them hehe.. let them know this event asap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cool! Congratulations in advance. Yup, you are right! Better do survey and LOCKED the pricing first, as in every year the expenses is keep on increasing!!!

      Delete
  5. Mmg sedih kalau dpt catering yang teruk. Mmg sy nak survey pakej perkahwinan. Tq tau info yg memanfaatkan ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Rasa gembira info ni memanfaatkan kamu ya.

      Delete
  6. wahhh i memang plan nak ke sini pun nanti! sebab nak survey pakej yang best heheh tq share

    ReplyDelete
  7. Good wedding info! Will share with my BFF that planning get married this year end!

    ReplyDelete
  8. pasti ada pakej yg menepati, kan.
    nowadays mudah nak cari dan kumpul bajet utk kawin.
    sebab ada wedd fest begini. harga pasti berbaloi sebab setiap servis provider bakal berlumba2 utk beri yg terbaik utk customer, kan.

    ReplyDelete
  9. ha dengar tu bakal pengantin elok bookmark tarikh tu awal-awal pakat datang ke pwtc tengok pakej kahwin dan bertunang. silap hari bulan boleh rambang mata nak pilih pakej mana satu. yang bujang pun boleh slow-slow survey dan menabung duit untuk kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tau budget dan kos perkahwinan dulu kan, nak ambil gambor, buat majlis, semua memerlukan perbelanjaan wang. Dapatkan maklumat atau buat booking awal2 senang keje, x payah risau.

      Delete
  10. Terus i rasa nak kahwin lagi sekali la .ada sada sesiapa nak sponsor tak? hahaha...nak bayar sendiri sure tak mampu...but dengan pakej yang dyang disediakan pasti boleh buat calculate dari sekarang kan...pakej yang disediakan pun reasonable

    ReplyDelete
  11. teringin nak pergi tapi jauh la pulak. harap dekat tempat saya ada lah dibaut festive macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang duduk kat mana? Mungkin boleh check promosi yg ada kat FB mereka dan hubungi syarikat yg berminat. Harap membantu.

      Delete
  12. Thanks for sharing. Very good information for me. I can start planning for my wedding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most Welcome! Glad that helpful wedding info for you and loved one!

      Delete
  13. kebetulan my sister nak khawin tahun ni..memang kena sangatlah ni,nanti nak ajak adik lah ke pwtc ni...mesti banyak pakej yang menarik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirmmm banyak pakej perkahwinan yang menarik! Tulah sebabnya suka pergi pameran besar-besaran gini!

      Delete
  14. Bagi bakal pengantin, boleh la terjah pameran perkahwinan ni kan..
    Untung untung dapat menjimatkan masa untuk mencari segala keperluan untuk majlis yang bakal diadakan tu nanti.
    Save the date. 🌹

    ReplyDelete
  15. Long time haven't been to PWTC. Maybe it's time to visit the fair soon there. That is a good expo for ppl who are planning to get married. Nice.

    ReplyDelete
  16. wah besar besaran lah ni ye. buat kat PWTC plak tu. nanti boleh la buat survay kat sana nnti. mana tau ada yang berkenan kan

    ReplyDelete
  17. Haaa.. Ada wedd fest utk bakal pengantin rupanya.. Leh la AM minta adik AM ke sana juga wat survey.. Adik AM pun jangka nak buat majlis dlm tahun nie.. Mmg sesuai sangat la hadir ke festival cenggini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah in advance tau kak AM dan famili! Mesti sibuk nak buat persiapan dalam urusan perkahwinan adik kan. Pergi je dgn satu famili, boleh dibawa bincang skali. Mak ayah pun gembira.

      Delete
  18. wahh kalau majlis buat kat pwtc memang gempaklahhh hehhe..dengan pakej berpatutan kira memberi keuntungan juga kepada bakal pengantin...nanti kita war-warkan :-)

    ReplyDelete
  19. I suka event macam ni especially masa sebelum kahwin dulu. Banyak sangat membantu bakal pegantin. Bagus usaha macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang byk membantu. Mouse mommy pun cari syarikat penggambaran dan jugak restoran buat majlis perkahwinan melalui pilihan kat pameran perkahwinan jugak. Dapat offer yg amat menarik! Suka!

      Delete
  20. mudah bila ada pameran pengantin macam ni. Bakal pengantin mudah nak pilih baju, doorgift catering semua la dalam satu tempat

    ReplyDelete
  21. Amboii terkejut baca tajuk tadi. Ingat ada gosip terbaru hehehehe. By the way nanti i will visit this fest as i'm getting married soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... memang sedih tengok pengalaman kawan sy tu, buddy baik tau. Tu lah x nak org lain pun kena gitu jugak. Dahlah kahwin tu sekali seumur hidup je (berharaplah!), kecewa sangat kwn sy tu. Mesti jadi kenangan yg memilukan dan trauma.

      Anyway, tahniah in advance ya Emi. Jemput tau nnt buat majlis perkahwinan. Survey baik2 waktu kamu pergi ke PWTC punya The Wedd Fest by AP Event tu! Pilih yang terbaik dengan bakal suamimu ya.

      Delete
  22. Memang menangis bila baca tajuk gempak gini. I is LIKE! And yes, suka sebab acara sebegini memudahkan bakal pengantin dalam usaha mendirikan rumahtangga. And selalunya boleh dapat dengan harga yang lebih murah kan

    ReplyDelete
  23. Bagi bakal pengantin, pameran ni WAJIB pergi sebenarnya untuk dapatkan majlis yang puas hati. Boleh survey sampai lebam, compare selagi boleh. InsyaAllah boleh dapat pakej dan servis yang tiptop.

    Saya dulu kahwin banyak sendiri je. Catering pun buat hal juga. Kira okay sbb kami tempah banyak makanan lain mcm aiskrim, chocolate foundae, kuih-kuih. Variasi pilihan. Taklah ada satu je pilihan. Dah 6 tahun dah yang lalu pon.

    ReplyDelete
  24. Lovely sharing, definitely great news new brides & grooms to prepare for their big day, cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  25. Betway - Best Online Casino in Nigeria
    토토 분석 사이트 www › www The Betway app, which will 먹튀 사이트 enable you to bet on the 비트 코인 온라인 카지노 most popular and exciting sports games and offers 카지노사이트추천 betting Mobile Betting: Betway, Betway, Bwin. 카지노 사이트 mycasinolife

    ReplyDelete