Kempen Bangkit Wanita Bersama Noir Mobile Program Keusahawanan

Majlis pelancaran Bangkit Wanita diadakan oleh Noir Health & Beauty di MBO The Starling Mall.  

 


Bangkit Wanita adalah satu platform khas yang dibawakan oleh Noir dengan tujuan untuk membantu golongan wanita menjadi lebih yakin, anggun dan berjaya bertindak untuk mengubah taraf hidup yang sedia ada.


 

Melalui webinar Bangkit Wanita yang dikongsikan oleh Madammu ini, wanita bukan sahaja berpeluang mendengar perkongsian perjalanan beliau dalam bisnes kecantikan malah Madammu turut membimbing wanita-wanita di luar sana seperti ibu tunggal, suri rumah, wanita yang kehilangan pekerjaan mahupun wanita bekerjaya agar bangkit mengubah taraf hidup melalui inisiatif Bangkit Wanita ini.


 


Bangkit Wanita melancarkan pakej menarik untuk membolehkan ramai wanita untuk bangkit berubah dengan menyertai team Noir.


 


Pakej program keusahawanan iaitu Noir mobile diperkenalkan. Dengan hanya RM69, wanita boleh bangkit mengubah taraf kehidupan sedia ada iaitu dengan menyertai team Noir mobile. Wanita-wanita ini akan berpeluang untuk memulakan perniagaan dan diberi bimbingan oleh Madammu untuk berjaya bersama. #BangkitWanita 


 


Dengan objektif MADAMMU yang positif iaitu M=Matlamat, A=Aspirasi, D=Daya, A=Anggun, M=Mentor, M=Martabat, iaitu sifat-sifat yang perlu ada pada seorang wanita yang Berjaya dalam kehidupan ataupun dalam perjalanan usahawan. Kita sebagai seorang wanita yang mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab dalam kehidupan harian yang memainkan peranan penting kepada keluarga, kerja, komuniti dan juga negara.


 


Sasaran Noir untuk melahirkan seramai 10,000 Noir Mobile sehingga penghujung tahun 2020 dengan pendapatan bulanan konsisten lebih daripada RM1,000.


 

Noir merupakan produk kecantikan dan kesihatan yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu ditubuhkan pada 3 tahun yang lepas dan sehingga kini telah berjaya membantu lebih 2,000 wanita mengubah taraf hidup masing-masing. #NOIRHealthBeauty


 

Noir dihasilkan oleh Madammu dengan menerapkan elemen alami dan botakinal yang digabungkan secara alkimia. Noir berjaya merangkul anugerah "Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik" dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019 dan Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam Kategori Kesihatan & Kecantikan.


 


Wanita perlu bangkit untuk merealisasikan impian dan kebahagiaan dengan hasil usaha sendiri. Bangkit Wanita menyeru wanita agar melaburkan masa, tenaga dan harta untuk memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik. Wanita juga boleh menjadi penyumbang dan memberi kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga dan anak-anak.


 


Wanita perlu bangkit untuk capai matlamat hidup dan financial freedom. Setiap wanita pasti mahukan masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Siapa yang tak inginkan gaya hidup yang diidamkan? 

 


Wanita perlu bangkit untuk berkuasa atas hidup sendiri. Be Your Own Boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah!


 


Wanita perlu bangkit dari kegagalan. Kegagalan adalah perkara biasa tetapi ia boleh menjadi luar biasa apabila wanita boleh bangkit dari kegagalan tersebut. Bangkit wanita juga adalah salah satu platform untuk memulakan kerjaya.

 

Untuk maklumat selanjutnya mengenali Noir Mobile,

Website : http://www.noirbusiness.com.my/


For more about Mouse Mommy Treats, 
do follow us*

8 comments

  1. Bagus kempen macam ni sbb dapat membantu wanita lain di luar sana

    ReplyDelete
  2. Bagus kempen ini boleh buka mata wanita luar sana untuk sama sama ubah hidup kepada yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. yess! kita perlu bangkit untuk improve hidup kita. sebab taktau apa yang akan berlaku in the future. we can do it!

    ReplyDelete
  4. Very good initiative to help woman start their business

    ReplyDelete
  5. This program is good to boost women's income and confidence.

    ReplyDelete
  6. Founder dia cantik betul. Hehehe. Tengok produk promising tu. Natural, menang awards dan bantuan pemasaran dari HQ. Boleh jadi dropship ni. Senang betul.

    ReplyDelete
  7. Your blog is too much amazing. I have found with ease what I was looking. Moreover, the content quality is awesome. Thanks for the nudge! singapore cny kueh bangkit

    ReplyDelete
  8. Love to read it,Waiting For More new Update and I Already Read your Recent Post its Great Thanks. best kueh bangkit singapore

    ReplyDelete