AEON CO. (M) BHD. atau AEON berkolaborasi dengan kumpulan animasi Omar
dan Hana yang sangat sinonim dengan konten video Islamik di kalangan kanak
kanak melancarkan perisa baharu dalam rangkaian produk onigiri. Majlis
pelancaran tersebut telah berlangsung di AEON Mall Shah Alam, Selangor.
Terdapat 5 perisa yang diperkenalkan untuk pasaran kanak kanak dan turut
diwakili oleh watak di dalam animasi Omar & Hana. Kacang Merah (Red Bean)
diwakili oleh Omar, Kacang dan Coklat (Choco Peanut) diwakili oleh Hana,
Kentang dengan mayonis (Potato Mayo) diwakili oleh Sara, Tuna dengan mayonis
(Tuna Mayo) diwakili oleh Yuki dan Ketam dengan mayonis (Kani Mayo) diwakili
oleh Indra.
Mouse mommy dan anak-anak suka Onigiri juga. Comel dan senang untuk
membawa Onigiri ke mana-mana untuk dimakan samada pergi ke sekolah ataupun
jalan-jalan.
Pelbagai perisa Onigiri untuk pilihan ikut kesukaan individu juga.
Yum… sedap!
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai
Operasi AEON CO. (M) BHD.; Dr Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON
CO. (M) BHD.; Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat
Pemprosesan Makanan AEON; Sinan Ismail, CEO & Pengasas Digital Durian dan
Izrol Izuddin Ahmad, Pengurusan IP Tempatan & Pembangunan Perniagaan Astro.
Menurut Sunny Setiawan, “Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan
kumpulan animasi terkenal Omar & Hana untuk memasarkan rangkaian onigiri
dengan perisa terbaharu kami. Usaha sama ini merupakan salah satu langkah AEON
untuk menggiatkan pembangunan produk asimilasi Malaysia-Jepun dan kami yakin
produk ini mampu mendapat sambutan yang baik dari para pelanggan AEON dan
peminat Omar & Hana sendiri,”
Pemilihan produk onigiri sebagai pencetus kolaborasi ini juga adalah
bertujuan untuk memperkenalkan budaya makan makanan sihat dan berkhasiat di
kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Onigiri juga merupakan makanan dari Jepun
yang bukan sahaja boleh dimakan segera malah mengenyangkan. Justeru, AEON ingin
membawa corak dan budaya pemakanan yang sihat ini di negara kita.
‘Kami ingin jadikan AEON sebagai duta kecil Jepun di Malaysia yang dapat memperkenalkan dengan lebih dekat budaya positif masyarakat Jepun. Produk yang
akan dihaslkan oleh AEON Delicatessen ini juga adalah disahkan halal oleh
JAKIM.’ ujar beliau lagi.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot Omar dan Hana yang
mempromosikan rangkaian onigiri tersebut serta aktiviti kuiz bersama
pengunjung. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan tayangan perdana video
dan lagu onigiri Omar & Hana.
Menurut Sinan Ismail pula, “Bagi melaksanakan kerjasama ini, kami ingin
memperkenalkan makanan yang berkhasiat dan senang dimakan oleh kanak-kanak.
Kami yakin onigiri adalah produk yang paling tepat. Ianya berasal dari Jepun
dan merupakan antara makanan yang amat digemari waktu kini,”
“Kami juga berasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan pihak AEON,
sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian pasar raya yang luas. Melalui
rangkaian ini, sudah tentu onigiri Omar & Hana dapat dinikmati oleh ramai
pelanggan di seluruh negara, bukan sahaja kanak kanak, malah orang dewasa.”
ujar beliau.
Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan
Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang
Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan
pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik
lagi produktif kepada semua. #RayaPenuhMakna #AEONOmarHana #aeonretail #omarhana
Untuk maklumat lanjut AEON Retail Malaysia, sila layari,
Facebook: https://www.facebook.com/aeonretail.my
Instagram: https://www.instagram.com/aeonretail.my/
Twitter: https://twitter.com/aeonretailmy
LinkedIn: AEON Group Malaysia
Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com
No comments