Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga Usahawan

 

NOIR Health & Beauty Sdn Bhd, syarikat yang berjaya mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Ia turut melangkaui jenama tempatan yang telah bertapak lebih lama dalam menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. Dan Noir terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia.


Formulasi produk kami menekankan pada kepentingan dari produk daripada tumbuh- tumbuhan dan mewujudkan kesedaran dalam kelestarian untuk berkembang dan sekaligus untuk memelihara kualiti dan formulasi untuk pengguna setia kami.



Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu, mempunyai minat yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit. Bersemangat dan sentiasa konsisten dalam berkongsi tips kecantikan telah membawanya ke dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan ini.



Dalam jangka masa yang berpanjangan, perkongsian gaya hidup dan rutin kecantikan Madammu di media sosial telah mewujudkan fenomena dalam industri kecantikan tempatan. Keterampilan dan pengetahuan Madammu dalam menyampaikan tip-tip tentang kecantikan, terutamanya penjagaan kulit telah memberikan ilham kepada para pengikutnya untuk tampil cantik dengan mengambil kira jenis kulit yang berbeza dan cabaran individu dalam memperoleh kesan yang diinginkan untuk mencapai kulit wajah yang sihat dan berseri. Selari dengan kesedaran kecantikan secara alami, Madammu mengambil keputusan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang halal dan premium yang paling ideal untuk setiap wanita. Oleh itu, wujudlah Noir.




Madammu bersungguh-sungguh menerapkan betapa pentingnya memanfaatkan elemen alami dan botanikal yang digabungkan secara alkimia untuk rangkaian produk kecantikan premium halalnya. Hasilnya, syarikat itu berjaya merangkul anugerah "Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik" dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.


Turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020 telah membuktikan bahawa gandingan kerjasama sepasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil.

 

Madammu diiktiraf antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka dan dipaparkan dalam majalah Nona penerbitan Januari 2020. Bukan hanya menaikkan keyakinan diri dan jaminan produk melalui program keusahawanan oleh syarikat, malah membolehkan usahawan jenama Noir menjana aliran pendapatan tetap mereka sendiri.


Sentiasa melangkah ke hadapan dengan kedudukan jenama Noir untuk kekal relevan dan jaminan yang kuat untuk pelanggan yang sedia ada dan juga bakal pelanggan untuk mencuba produk adalah pemangkin utama untuk berkembang di mana-mana industri. Oleh itu, ini sangat bermakna bahawa Noir menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam "Kategori Kesihatan & Kecantikan". Pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri.

Menyedari kepentingan untuk melestarikan jenama Noir di pasaran tempatan dan antarabangsa, Noir telah dianugerahkan The BrandLaureate – The World’s BestBrands e- Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution” pada Oktober 2020. Pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri.



Sejak penubuhan pada 4 tahun yang lepas, Noir telah membantu lebih 15,000 wanita dalam mengubah dan menambahbaik kehidupan masing-masing. Begitu ramai di kalangan team Noir yang telah berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka suri rumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan.



Berkat daya usaha mereka sendiri untuk bangkit untuk ubah hidup, bimbingan daripada pengasas Noir, Madammu, yang sentiasa memberikan sokongan dan strategi pemasaran Noir yang menyeluruh dari segi dalam talian dan luar talian, Noir telah melahirkan beautypreneurs yang berjaya menjana pendapatan antara 5-6 angka secara konsisten setiap bulan.


Setelah menyertai Noir, ramai yang telah merealisasikan impian masing-masing dalam membantu keluarga dari kesusahan dan kesempitan, sehingga ada yang mampu memiliki kereta dan rumah idaman.



10 Ribu Wanita Berniaga adalah salah satu program dari Noir untuk membantu wanita untuk lebih yakin dan bertindak lebih berani untuk mengubah taraf kehidupan sedia ada.



Konvensyen ini menampilkan founder Noir, Madammu, dalam berkongsi perjalanan beliau bermula dengan perniagaan dalam bisnes kecantikan. Dari Wanita, Kepada Wanita!



Seperti mana yang ramai sedia maklum apabila negara kita bahkan seluruh dunia dilanda wabak pandemik, begitu ramai yang terjejas dari segi perjalanan kehidupan seharian. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan, ada keluarga yang terjejas teruk dan ada juga yang kehilangan tempat bergantung. Situasi ini telah menyebabkan begitu banyak kehidupan yang terhenti seketika sepanjang PKP tempoh hari.


 

Noir prihatin di atas situasi ini, dan kami percaya sekiranya setiap wanita percayakan proses yang telah team Noir hadapi dan lalui, pasti ramai yang boleh bangkit dari cabaran dan halangan yang menghimpit ini.


Program ini merupakan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Konvensyen ini disokong penuh oleh YBhg Datuk Seri Rina Mohd Harun atas objektif program yang selaras dengan tema Hari Wanita 2021 iaitu, “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”.



Kenapa Noir mengadakan 10 Ribu Wanita Berniaga?

• MEMBANTU lebih ramai wanita untuk berani berniaga.

Kejayaan yang TERBUKTI! Noir telah berjaya melahirkan ramai wanita termasuk jutawan di kalangan stokis dan agent.


• MEMBERI PELUANG kepada wanita untuk meningkatkan taraf ekonomi secara berniaga

Wanita yang inginkan masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Wanita yang inginkan gaya hidup yang diimpikan. #KamiWanitaNoir


• MEMBIMBING WANITA menambah dan mencari sumber pendapatan bagi membantu diri dan keluarga.


Noir bersedia untuk membantu wanita memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik! Kita sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang dan berikan kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak-anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbannya. #KamiWanitaNoir



• MEMBERI KESEDARAN kepada wanita, mereka juga mampu berjaya dalam perniagaan.


Sudah tiba masanya untuk wanita mencorakkan kehidupan sendiri, bak kata pepatah be your own boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah kerana inilah masanya untuk #KamiWanitaNoir



• MEMBENTUK WANITA yang mampu membina kerjaya dengan adanya ilmu Dengan ilmu, akan meningkatkan keyakinan diri. Ilmu yang disediakan akan dapat membantu para wanita untuk mula berniaga dengan betul. Noir terdiri daripada team leader yang bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang berniaga dengan Noir. #KamiWanitaNoir


Matlamat Program 10 Ribu Wanita Berniaga

Noir menawarkan tajaan bimbingan perniagaan bernilai RM10 juta untuk 10,000 wanita mula berniaga.



Noir nak bimbing 10,000 wanita untuk mulakan perniagaan tanpa modal dari kosong sehingga capai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.

 

Sempena kempen ini, Noir menawarkan bimbingan perniagaan sehingga RM1,000 seorang untuk 10,000 wanita yang mendaftar sepanjang kempen berlangsung. Selain itu, Noir memperkenalkan Starter Pack untuk sebagai agent (Noir Entrepreneur) dengan modal hanya RM378, yang terdiri daripada 4 kotak miniset. Noir mensasarkan matlamat yang tinggi menjelang tahun 2021 untk menghasilkan seramai 10,000 agent (Noir Entrepreneur) yang menjana pendapatan RM10,000 ke atas secara bulanan.



Untuk para wanita yang berminat untuk berniaga tanpa modal, Noir menawarkan program keusahawan iaitu Noir Mobile, sebuah program yang melahirkan dropship Noir. Target Noir untuk tahun 2021 ialah melahirkan seramai 50,000 Noir Mobile, dengan pendapatan bulanan konsisten RM1,000 ke atas.



Buat julung kalinya, Noir memperkenalkan Noir Academy - modul keusahawanan untuk mereka yang menyertai team Noir. 



Noir Academy merupakan platform dalam talian terdiri daripada modul keusahawanan yang disesuaikan oleh pihak Noir untuk memenuhi keperluan pengetahuan untuk team Noir, khususnya untuk yang baru mula berniaga di www.10ribuwanitaberniaga.com


#kamiwanitanoir #noir #noirbeautyworld #wherebeautyblossom #bangkitwanitaberniaga


For more about Mouse Mommy Treats, 
do follow us*

No comments