sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan bakal menanyangkan Pencuri Hati – siri sooka Originals pertama berformat Program Realiti Selebriti Bachelor bermula 9 Disember ini. Pelakon dan selebriti tersohor, Zul Ariffin bakal menjadi tumpuan di dalam program realiti tersebut, ditemani oleh 13 peserta wanita bertuah yang telah terpilih melalui proses pencarian pada bulan Ogos lalu.
Sentiasa cakna dengan arus trend generasi milenial terkini, sooka telah bekerjasama dengan Astro Productions untuk menghasilkan Pencuri Hati, Program Realiti Selebriti Bachelor yang mengetengahkan keserasian personaliti para peserta program bersama selebriti terpilih, berlandaskan konteks yang bersesuaian dengan sensitiviti budaya tempatan. Sebanyak 10 episod mingguan bakal menemui peminat di aplikasi sooka, mengetengahkan 13 peserta wanita yang bersaing untuk menjadi pemenang utama yang bakal diberikan peluang untuk mengenali Zul Ariffin secara lebih mendalam.
Pencuri Hati juga akan memperkenalkan 2 Resident Advisor, pengacara dan pelakon terkenal, Sherry Alhadad; dan doktor dan influencer terkenal di media sosial, Shazril Shaharuddin, atau Dr. Say – yang memainkan peranan sebagai pengantara di antara para peserta dan Zul Ariffin.
‘’Pemilihan Zul Ariffin merupakan keputusan yang mengambil kira merit dan kelayakan beliau sebagai pelakon profesional. Walaupun kehidupan beliau tidak pernah lari daripada kontroversi, kami mengiktiraf akauntabiliti dan kematangan Zul dalam menangani isu di mana dia menunjukkan ciri-ciri profesional sebenar. Oleh itu kami percaya keputusan untuk memilih Zul sebagai selebriti pertama Program Realiti Selebriti Bachelor Pencuri Hati adalah tepat, ” tambah Emarina.
“Saya amat tertarik untuk menyertai program Pencuri Hati ini kerana saya melihatnya sebagai cabaran dan pengalaman baharu dalam karier saya. Konsep program Pencuri Hati ini juga sangat menarik kerana ia memberi ruang untuk para peserta juga dapat lebih mengenali diri saya dengan lebih mendalam, sebagai diri saya sendiri dan bukan sebagai seorang pelakon. Selain itu, terdapat pelbagai segmen dalam program ini seperti kecergasan, memasak, gaya dan hobi, dan ianya merupakan faktor-faktor yang boleh membantu untuk mengenali personaliti dan intelektual seseorang dengan lebih mendalam,” kata Zul.
Kesemua sepuluh episod program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka bermula 9 Disember 2022 sehingga 10 Februari 2023. Penonton boleh menonton dengan melanggan pelan sooka VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan sooka VIP TV pada harga RM62.90 sebulan* untuk pengalaman menonton di skrin TV.
For more about Mouse Mommy Treats,
No comments