EDISI CUTI SEKOLAH | DIDI & FRIENDS BERSAMA PLAZA SUNGEI WANG

 

 

Para peminat siri animasi terkemuka yang bersiaran di saluran Astro Ceria ini boleh meluangkan masa Bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik dengan Didi dan rakan-rakannya di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur pada 4 – 5 Mac 2023, bermula 10 pagi hingga 9.30 malam.


Karakter-karakter kegemaran kanak-kanak terkemuka di Malaysia, Didi, Nana dan Jojo mengajak semua peminat ke “Hujung Minggu Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah Bersama Plaza Sungei Wang” anjuran Astro dengan Kerjasama Warnakala Studios dan ditaja oleh Plaza Sungei Wang.



Siri animasi ini padat dengan nilai murni dan pengajaran yang berunsurkan kandungan hiburan kanak-kanak, acap kali menjadi pilihan utama setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sekaligus menjadi medium hiburan si cilik mereka. Setiap karakter mempunyai keunikan masing-masing yang memberikan impak positif dan inspirasi pembentukan karakter yang baik kepada kanak-kanak. Berunsurkan kandungan edutainment, penceritaan Didi & Friends yang padat dengan pengajaran sering menjadi pilihan utama setiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka secara santai tetapi menghiburkan.




Bersempena dengan cuti persekolahan buat kanak-kanak, “Hujung Minggu Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah Bersama Plaza Sungei Wang” adalah sebuah aktiviti buat satu keluarga yang sesuai. Pihak Astro mengambil peluang untuk mengadakan program yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik bersama Didi & Friends, untuk mengisi hujung minggu mereka.

 

Pelbagai aktiviti dan pertandingan serta hadiah menarik turut disediakan kepada ibu bapa dan kanak-kanak. Tunjukkan rasa minat anda kepada Didi & Friends dengan barangan rasmi Didi & Friends. Barangan rasmi seperti mainan, pakaian dan buku boleh dibeli di Kedai Pop-up Didi & Friends yang terletak bersebelahan dengan Centre Court, Plaza Sungei Wang. Ibu bapa boleh mendapatkan barangan rasmi Didi & Friends yang hanya boleh didapati di program tersebut.


 

Kanak-kanak juga berpeluang untuk bergambar bersama karakter-karakter kegemaran mereka pada hari Sabtu (4 Mac 2023) dan Ahad (5 Mac 2023) pada pukul 12.00 tengah hari, 4.30 petang dan juga 8.30 malam. Untuk mendapatkan slot bergambar di atas pentas bersama karakter-karakter kegemaran mereka, ibu bapa boleh menyertai pertandingan atas talian di Facebook dan Instagram Sungei Wang Plaza. Selain itu, pemenang juga boleh mendapatkan barangan eksklusif secara percuma.

 


Eksklusif untuk para pelanggan Plaza Sungei Wang, pihak Plaza Sungei Wang menawarkan pas foto khas bersama Didi & Friends dan percuma Beg Pelancong Plaza Sungei Wang kepada kepada mereka yang mengemukakan bil pembelian di Plaza Sungei Wang dengan minimum RM50, satu jam sebelum sesi bergambar bermula. Slot yang disediakan adalah terhad dan akan diberikan kepada mereka yang menebus awal.


 

Aktiviti kemuncak program ini adalah persembahan daripada Didi & Friends yang pastinya akan membuatkan si kecil menyanyi dan menari bersama-sama.

 

Terdapat juga Mini Zoo dimana ibu bapa dan kanak-kanak dapat membelai dan memberi makan kepada haiwan-haiwan yang disediakan oleh penganjur. Ibu bapa dan kanak-kanak dapat mengenali haiwan dengan lebih dekat dimana terdapat lebih dari 20 jenis dan haiwan eksotik. Tidak lupa juga kucing dan arnab dari tempat perlindungan untuk dijadikan “anak angkat” turut menunggu.

 

Pengunjung program ini digalakkan berkongsi detik terbaik mereka di media sosial dengan menggunakan hashtags, #DidiandFriendsAtSungeiWangPlaza. Setelah 12 tahun, francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia kini mengorak langkah kehadapan apabila mereka muncul dengan filem pertama Didi & Friends The Movie yang ditayangkan di pawagam bermula 23 Februari 2023. Peminat siri animasi ini boleh berkunjung ke pawagam terdekat di seluruh Malaysia, termasuk Brunei.


 



“Kami sememangnya berbesar hati menjadi lokasi penganjur buat program Hujung Minggu Didi & Friends Edisi Cuti Sekolah Bersama Plaza Sungei Wang yang pertama buat tahun 2023 yang sedang trend dan terkenal ini, lebih-lebih lagi dijalankan seminggu selepas tayangan Didi & Friends The Movie buat julung kalinya, sambil mengiktiraf populariti siri animasi ini yang besar dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan awal kanak-kanak,” kata Encik Stephen Ho Choon Sik, Ketua Pemasaran Komunikasi & Inovasi, Plaza Sungei Wang.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Plaza Sungei Wang di www.sungeiwang.com atau semak kemas kini masa nyata di halaman Facebook Sungei Wang di www.facebook.com/sungeiwangplaza.


For more about Mouse Mommy Treats, 

do follow us*

Website  | Facebook | 


2 comments

  1. Children of course paling happy dengan telatah Didi & Friends ni kan... Meriah betul tengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, besttttt... budak2 suka sangat. Meriah cuti sekolah ni bersama Didi & Friends kat Plaza Sungei Wang! Selamat cuti sekolah adik-adik!

      Delete