HIDANGAN 1001 RASA SEMPENA RAMADAN 2023 DI THE GRAND CAMPBELL HOTEL, KUALA LUMPUR


Buat julung kalinya, pada tahun ini, “The Grand Campbell Hotel” yang terletak di dalam Kompleks Campbell yang dimiliki oleh Kumpulan SHAPADU akan menyediakan Buffet Ramadhan yang berkonsepkan “Hidangan 1001 Rasa” dengan harga RM78.00 untuk Dewasa dan RM55.00 untuk Kanak-Kanak.

 


Dengan hidangan yang lebih daripada 100 aneka juadah berbuka puasa, akan menjadikan “The Grand Campbell Hotel” pilihan penggemar warga kota untuk menikmati juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. 




Apa yang menariknya, sepanjang bulan Ramadan ini, selebriti terkenal Chef Dee atau lebih dikenali dengan watak “Dee Jangan Ketawa” akan menghiburkan pengunjung sambil menikmati juadah berbuka di hotel kami.

 



Selain dari menikmati juadah berbuka puasa, pengunjung juga boleh menginap di “The Grand Campbell Hotel” sepanjang bulan Ramadan dengan Harga Promosi dari RM150.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur untuk 2 orang), sehingga RM300.00 semalam untuk Bilik Superior (termasuk Sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang).



Makanan yang dihidangkan memang sedap dan terdapat pelbagai pilihan. 




Mouse mommy terutamanya suka kambing golek, sambal petai, rojak buah-buahan dan juga pastrinya. 

 




“The Grand Campbell Hotel” juga menyediakan Pakej Perkahwinan untuk bakal Pengantin dengan kapasiti Dewan Utama yang boleh memuatkan 500 orang dalam satu masa, semestinya menjadi pilihan bakal-bakal Pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka. 



“The Grand Campbell Hotel” juga mempunyai 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe, dan Bilik Eksekutif. Kami juga mempunyai tiga bilik Seminar dan satu ruang majlis tertutup yang boleh memuatkan 100 orang.

 


Di samping itu, kami akan memperkenalkan ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan sehingga 4,000 orang di Tingkat Empat, Kompleks Campbell. 



Kedudukan lokasi Hotel yang strategik di mana ia berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sogo menjadikan Hotel ini tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan.

 


Sebarang maklumat lanjut mengenai siaran media ini boleh terus hubungi Pn. Fadzlina Fadzilah,

Website : http://grandcampbellhotel.com/

Facebook : https://www.facebook.com/grandcampbellhotelofficial

Talian : 012-497 1600 / 018-976 7177 

Emel : sales@thegrandcampbellhotel.com


For more about Mouse Mommy Treats, 

do follow us*

Website  | Facebook | 


No comments