Raikan MyMerdeka Sayangi Malaysiaku 2018 Bersama Jabatan Penerangan Malaysia Dan MYDIN Malaysia



Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) meneruskan penganjuran program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018, bagi lokasi kedua di MYDIN USJ, Subang Jaya pada 16 hingga 19 Ogos 2018 bermula daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam. YB Tuan Eddin Syazlee, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia telah merasmikan program ini yang turut dihadiri oleh YB Puan Michelle Ng Mei Sze, ADUN, Subang Jaya dan Dato' Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penerangan.


Jom sertai Kempen MyPledge MYDIN dengan mengajak ramai-ramai rakyat Malaysia menyatakan ikrar merdeka mereka kepada Negara. Kempen ini mensasarkan pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records dengan sasaran sebanyak 500,000 ikrar merdeka rakyat Malaysia dalam tempoh sebulan daripada 16 Ogos sehingga 16 September 2018.


61 ikrar terbaik dan bermakna akan dikongsi kepada orang ramai melalui media social. Kesemua 61 ikrar merdeka terbaik ini akan menerima nombor plat PATRIOT dan baucar membeli-belah MYDIN.


Program ini menyasarkan masyarakat umum untuk terlibat secara langsung dalam program penghayatan Bulan Kebangsaan. MyMerdeka Sayangi Malaysiaku dilaksanakan di lima (5) lokasi.


MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dipilih sebagai lokasi pertama pada 3 higga 5 Ogos 2018 yang lalu sempena Pelancaran Bullan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.


Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku yang mendapat kerjasama daripada MYDIN Mohamed Bhd. dan telah memasuki tahun ketiga (3) penganjuran merupakan program pameran berkonsepkan komunikasi visual secara bersemuka. Program ini memberikan kesedaran kepada para pengunjung melalui penghayatan secara visual yang memaparkan aspirasi atau hasrat kerajaan mewujudkan negara yang bersatu pada dan mengamalkan toleransi antara kaum. 


Pelbagai pengisian menarik sepanjang tempoh pelaksanaan program antaranya Pamera Sejarah Negara, Pameran Koleksi Logo Hari Kebangsaan, Sudut Karikatur, Persembahan PERTARAMA, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandinga Mewarna untuk kanak-kanak, Kuiz Kenegarran, Sudut Tayangan Multimedia dan Video Kenegaraan, Layar Bestari dan Klinik Foto @JaPen.


Orang ramai dijemput memeriahkan tiga (3) lokasi lain MyMerdeka Sayangi Malaysiaku iaitu pada;

30 Ogos - 1 September 2018 di MYDIN Meru Raya, Ipoh, Perak
6 - 8 September 2018 di MYDIN Mutiara Rini, Johor
14-16 Sepember 2018 di MYDIN Petrajaya, Kuching, Sarawak.


Penganjuran MyMerdeka Sayangi Malaysiaku ini diharapkan dapat membangkitkan rasa cinta negara dalam kalangan masyarakat terutama pengunjung yang hadir. Sayangi Malaysiaku!

Untuk aktiviti dan promosi MYDIN yang selanjutnya,

*For more about Mouse Mommy Treats, do follow us*
Website  |  Facebook  |  Instagram

No comments