Kehangatan Demam Piala Dunia FIFA 2022 Bersama AEON Malaysia !

 

Kehangatan demam Piala Dunia FIFA 2022 yang ke-22 telah mula terasa di AEON! Kejohanan bola sepak ini akan diadakan di Qatar pada 20 November hingga 18 Disember 2022.



AEON Malaysia telah menganjurkan kempen Goal Bonanza yang bermula dari 15hb hingga 25hb November 2022. Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan dan pengunjung berpeluang memenangi barangan merchandise Piala Dunia yang ekslusif. Mouse mommy pun tertarik dengan merchandise yang unik ini.

 


Selain itu terdapat juga pelbagai barangan pasukan bola kegemaran ditawarkan di AEON. Bayangkan kita boleh mendapatkan jersi pasukan pilihan di AEON dan boleh gayakannya ketika menonton perlawanan Piala Dunia FIFA 2022. Terdapat banyak pilihan barangan pasukan kegemaran anda. Mesti rasa ceria dan bergaya kali ini.

 


Jom Tonton Perlawanan Bola Sepak di AEON

Ada yang lebih menarik! Untuk AEON terpilih pengunjung berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak bersama pemain lagenda bola sepak. Boleh rujuk tayangan perlawanan dan lokasi ini,

 


Pertemuan England VS Iran bersama Lagenda Bola Sepak England, Robbie Fowler 

Tarikh : 21hb November 2022 ( Isnin )

Lokasi: AEON Mall Tebrau City, Johor 

 

Sesi Ramah Mesra Bersama Lagenda Bola Sepak

Lebih istimewa Robbie Fowler akan hadir untuk sesi ramah mesra bersama pengunjung AEON. Untuk mereka yang tinggal di kawasan Ipoh dan juga sekitar Shah Alam bolehlah datang berjumpa dengan lagenda bola sepak dari England ini. Anda juga dapat menonton perlawanan antara England dan Iran secara live bersama lagenda tersebut.

 

AEON MALL Ipoh Klebang - 20hb November 2022 ( Ahad )

AEON MALL Shah Alam - 22hb November 2022 ( Selasa )

 


Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menonton bersama dan bertemu dengan bintang lagenda bola sepak England Robbie Fowler. Anda juga berpeluang memenangi Pass VIP Robbie Fowler dengan pembelian RM580 (bukan ahli AEON) dan RM480 (AEON members/AmBank Credit Card).


 

Jom menyertai dan menyemarakkan lagi kemeriahan kejohonan bola sepak  Piala Dunia FIFA 2022 bersama AEON Goal Bonanza!

 

Layari AEON MALL untuk pengetahuan selanjutnya,

Website : https://aeonretail.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/aeonretail.my

Instagram : https://www.instagram.com/aeonretail.my/

YouTube : https://www.youtube.com/AEON%20Retail%20Malaysia


For more about Mouse Mommy Treats, 

do follow us*

Website  | Facebook | 



No comments